Kuala Terengganu – 28 hingga 29 Disember 2010, Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UniSZA dibawah Pusat Pengembangan dan Khidmat Komuniti (PPKK) telah menganjurkan Bengkel ISO 17025:2005 bertempat di Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu.
Bengkel yang diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai ISO 17025:2005 yang lebih berkesan. Bengkel selama dua hari itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof.Dr.Abdul Manaf Ali juga selaku Penyelaras Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UniSZA. Bengkel diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir 5.00 petang. Slot bengkel diisi dengan sesi ceramah, perbincangan dan latihan dalam kumpulan dan perbincangan dua hala antara konsultan dan peserta. Sesi Ceramah disampaikan oleh konsultan yang dijemput iaitu Puan Michelle Bernadette Nunis dari QTox Consulting.
Seramai 28 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut. Peserta terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Dietetik dari Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (FPB), Fakulti Teknologi Makanan (FTM) dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK).
Menerusi bengkel ini, para peserta akan lebih memahami keperluan standad ISO 17025:2005 yang akan diterapkan di Makmal terutamanya di bawah Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UniSZA iaitu Makmal Halal dan Makmal Herba dibawah kelolalaan Pusat Halal Wilayah dan Pusat Penyelidikan Herba dan Bioteknologi. Akreditasi makmal adalah penting bagi UniSZA untuk mendapat pengiktirafan kepada keputusan analisa sampel yang di hantar ke makmal-makmal adalah mengikut piawaian yang ditentukan.































