«

»

Dis
12

“Kids Camp” di Agropolitan Kelantan Selatan

Gua Musang – Seramai 25 orang dari kalangan keluarga peserta Agropolitan Gua Musang menyertai Program Sinar ECER `Kids Camp’ 2010 yang diadakan di Tapak Projek Agropolitan Kg.Rantau Manis,Gua Musang.

Program ini yang berlangsung pada 26 hingga 27 Oktober 2010 iaitu selama 2 hari adalah anjuran bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sepanjang berlangsungnya ‘Kids Camp’, para peserta diajar cara bagaimana untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi melalui aktiviti suai kenal serta meningkatkan kebolehan untuk bekerja secara berkumpulan dalam aktiviti ‘team-building’.

Selain itu, ceramah motivasi turut diadakan sebagai usaha untuk menggalakkan para peserta meneroka potensi diri masing-masing dan merebut peluang-peluang baru dalam bidang pendidikan.

Objektif penganjuran program tersebut adalah bagi meningkatkan kecemerlangan akademik serta membangunkan cara pemikiran para peserta, di samping membentuk sahsiah diri mereka.Program itu juga bertujuan memperkasakan para peserta dengan kemahiran pengurusan kendiri, pemikiran kreatif dan kebolehan berkomunikasi.