«

»

Jan
04

Latihan Teori Akuaponik

Latihan Teori Akuaponik adalah salah satu latihan dalam menjayakan projek akuaponik di Kelantan Selatan yang merupakan program kerjasama antara ECERDC, UMK dan KESEDAR.  Latihan ini dijalankan pada 12 Disember 2010 diikuti dengan latihan praktikal.Seramai 10 peserta Agropolitan Kelantan Selatan dan tiga orang pegawai dari KESEDAR menyertai latihan teori dan praktikal akuaponik. Latihan lanjutan akuaponik diadakan pada 20 Disember 2010 dan 28 Disember 2010.

Antara latihan yang dijalankan selama 2 jam adalah pengajaran kuliah dan 2 jam teori mengenai system akuaponik. Aspek yang diajar kepada peserta adalah:

  • Sejarah, perkembangan dan status akuaponik
  • Cara-cara menyediakan makanan ikan, ternakan ikan dalam tangki simen dan tangki ikan
  • Cara-cara menyediakan tapak semaian sayuran
  • Peraturan-peraturan dalam pengendalian ikan dan tanaman
Teori akuaponik dijalankan selama 2 jam / hari (selama 3 hari). Latihan ini dilakukan dalam rumah hijau.  Antara teknik-teknik yang diajar adalah:
  • Cara-cara menyediakan makanan ikan, ternakan ikan dalam tangki simen dan tangki ikan
  • Cara-cara menyediakan tapak semaian sayuran
  • Penggunaan probiotik dalam ternakan ikan dan tanaman sayuran
  • Cara–cara menuai ternakan ikan dan sayuran
  • Cara–cara memantau operasi rumah hijau

Antara gambar-gambar projek akuaponik:

Tangki Air

Penapisan Biologi

Tempat Semaian Sayur

Tempat Semaian Sayur

Rumah Hijau

Kitaran Air Semula

Kitaran air semula