Universiti: Universiti Malaysia Kelantan
Penyelaras: Dr Mohd Azam Khan Goriman Khan
Satu perkembangan terbaru jalinan UMK & ECER, ialah penubuhan satu lagi Pusat Kecemerlangan (COE) iaitu “Livestock COE” yang di harapkan dapat menerajui pembangunan industri ternakan melalui Latihan dan Penyelidikan Ternakan khususnya di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Objektif Pusat Kecemerlangan ini antara lain adalah untuk;
(i) menyokong projek ternakan ECER,
(ii) memberi khidmat rundingan, latihan dan khidmat maklumat kepada penternak dan pihak-pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam industri ternakan negara dan
(iii) menjadi pusat rujukan untuk nasihat kepakaran, pembangunan genetik ternakan dan isu-isu produktiviti dan kesihatan ternakan.
Beberapa aktiviti telah dirancangkan untuk tahun 2011 yang berkaitan dengan pembangunan industri ternakan kambing khususnya dalam projek ternakan ECER.
Antara yang dirancangkan ialah kursus-kursus sepertimana ekonomi ternakan, kawalan dan penyakit kambing, pemakanan kambing dan mencarisilapan sistem pengurusan ternakan kambing.
Pusat Kecemerlangan ini mempunyai tanggungjawab untuk merubah impian penternak khususnya untuk lebih berjaya dan negara amnya untuk mencapai 35% mampu diri dalam penghasilan komoditi daging kambing menjelang 2020. Ini boleh terlaksana melalui jalinan kerjasama UMK & ECER dan lain-lain agensi kerajaan yang berkepentingan, berteraskan kepada konsep kelestarian sumber asli sambil mengungguli sektor ternakan.
![[Facebook]](http://www.ecer-coe.com.my/coe/wp-content/plugins/bookmarkify/facebook.png)
![[Google]](http://www.ecer-coe.com.my/coe/wp-content/plugins/bookmarkify/google.png)
![[LinkedIn]](http://www.ecer-coe.com.my/coe/wp-content/plugins/bookmarkify/linkedin.png)
![[MySpace]](http://www.ecer-coe.com.my/coe/wp-content/plugins/bookmarkify/myspace.png)
![[Twitter]](http://www.ecer-coe.com.my/coe/wp-content/plugins/bookmarkify/twitter.png)
![[Yahoo!]](http://www.ecer-coe.com.my/coe/wp-content/plugins/bookmarkify/yahoo.png)
![[Email]](http://www.ecer-coe.com.my/coe/wp-content/plugins/bookmarkify/email.png)