Satu lagi program anjuran Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UMK adalah “Program Bersama Adi Putra”. Program ini adalah anjuran bersama Bahagian Pembangunan Organisasi UMK dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Program yang diadakan pada jam 9.00 pagi, 28 Februari 2009 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 (SMKPC 1) adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta yang [...]
Program Bersama Adi Putra
Mac 16
Konvensyen ini merupakan program anjuran bersama oleh Sekreteriat ECER-KPT-UMK dan tiga (3) Pusat Kecemerlangan di UMK iaitu Pusat Kecemerlangan Warisan dan Kebudayaan, Pusat Keusahawanan dan Latihan Pengurusan dan Pusat Kerjasama Industri – Akademik dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Program Jalinan Kasih
Mac 16
Program Jalinan Kasih merupakan satu program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UMK dan KESEDAR yang membawa kesinambungan kepada Program Bakti Siswa yang pernah dianjurkan di Tanah Puteh, Gua Musang pada 2008.
Perasmian ini dirasmikan oleh Naib Canselor UMK Prof. Ir Dr Zainai b. Mohamed. Majlis yang dinamakan ‘Majlis Menepung Tawar Pejabat Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UMK’ ini turut dihadiri kedua-dua Timbalan Naib Canselor, para dekan serta ketua-ketua jabatan.
Pembangunan perindustrian menjadi salah satu pengukur utama prestasi dalam pembangunan ekonomi ECER. Setiap pusat kecemerlangan ECER akan juga memainkan peranan sebagai Pusat Kerjasama Industri – Akademia. Kunci kejayaan pusat-pusat kecemerlangan ECER ini didasarkan atas kerjasama erat antara semua IPTA di ECER.