Latarbelakang

ECER Malaysia
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia, yang meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor, kini bersedia untuk menjadi salah sebuah wilayah yang paling dinamik di rantau ini dengan menawarkan pelbagai peluang kepada pengusaha serta pelabur.

Kerjasama Industri dan Akademia
Sektor pendidikan adalah salah satu daripada lima sektor utama yang dikenal pasti di dalam pelan induk ECER. Sektor ini adalah pemacu ekonomi dan pemangkin pertumbuhan di ECER dan pada masa yang sama juga ia adalah pengupaya teras yang menyokong pertumbuhan empat lagi sector utama di ECER

Salah satu daripada projek utama dan inisiatif yang dikenal pasti di dalam sektor pendidikan ialah penubuhan 12 pusat Kecemerlangan ECER untuk mendokong dan mengadaptasikan perubahan dalan keperluan modal insan yang berkemahiran dan golongan-golongan profesional. Ia juga akan meningkatkan kesejahteraan kualiti hidup penduduk di ECER.

ECERDC dengan kerjasama kementerian pengajian Tinggi (KPT) telah menyertakan penglibatan secara langsung Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di ECER iaitu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknologi MARA (Kampus Machang, Dungun dan Jengka) untuk menerajui pusat-pusat kecemerlangan ECER. Ini adalah salah satu program yang akan membantu IPTA dalam kawasan ECER untuk bergiat secara aktif dalam pembangunan sosioekonomi dan jalinan kerjasama dengan universiti antarabanga.

Klik di sini untuk selanjutnya mengenai East Coast Economic Region (ECER) Malaysia.