Peranan & Fungsi

Setiap IPTA di ECER telah diamanahkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk menubuhkan sebuah pejabat ECER-KPT-IPTA masing-masing beserta staf untuk berfungsi sepertimana berikut:

  1. Menjalankan kajian berkenaan sosioekonomi, budaya, pertanian, pendidikan dan aspek lain yang berkenaan.
  2. Menjalankan penilaian ke atas inisiatif badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan terhadap sosioekonomi penduduk di ECER terutamanya golongan miskin tegar.
  3. Menyediakan program latihan, kursus, bengkel terutamanya di dalam bidang keusahawanan, pengurusan dan motivasi.
  4. Merancang dan melaksanakan program-program berkesan bagi membasmi kemiskinan dan juga meningkatkan pendapatan penduduk dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka.
  5. Membantu agensi kerjaan mengawasi dan menyelia impak kemajuan berdasarkan program di bawah ECER.
  6. Membuka peluang untuk penduduk seperti peluang pekerjaan, perniagaan dan banyak lagi.

..